Tuesday, September 14, 2010

Baru ada masa!?

3 TAHUN!

Lama betul masa yang aku ambil untuk menulis
semula kat blog aku nie.
Memang dah bersawang betul dah.

Dalam tempoh 3 tahun ni,
banyak perkara yang dah berlaku.
Aku berhenti belajar.
Aku dapat kerja.
Aku beli motor.
Aku beli kereta.
Aku pergi kenduri orang kahwin.
Aku pulak berkahwin.
Macam-macamlah yang berlaku.

Banyak yang aku nak berkongsi ni sebenarnya.
Tapi buat masa ni,
cukuplah dengan intro ni dulu.
Mata gatal-gatal lak ni.
Sampai jumpa lagi.

Friday, September 14, 2007

KoMeN O KoMeN

:-)
Sejak blog ni diwujudkan,
saya mendapat banyak feedback lisan daripada kawan-kawan.
macam-macam idea yang diaorang bagi kepada saya untuk
memeriahkan lagi blog saya ni.

Padahal blog saya ni kosong je,
tak ada apa pun.
Yang ada cumalah tip-tip
yang saya rembat dari majalah.
Hehe.

Antara cadangan yang paling banyak saya dapat
adalah dari kawan-kawan satu rumah sewa nie.
Mcam-macam idea...
Anuar dengan Jue paling banyak
bagi cadangan kepada saya.

Antara cadangan yang diutarakan...

Saturday, September 8, 2007

Teroka

Berjumpa lagi kita,
Hehehe,
Nampak gayanya saya tak berkesempatan untuk mengisi blog ini.
Buat masa ini saya cuma sempat meneroka blog ini supaya dapat tambah apa-apa yang boleh buatkannya menjadi lebih meriah.
Ini je kot buat kali ini.
Sampai jumpa lagi yer.

Nanti saya akan berkongsi dengan semua tentang unit trust. :-)

Tuesday, September 4, 2007

10 langkah wujudkan keyakinan diri

  • ANGGAPLAH diri anda yang diciptakan Allah, sama seperti orang lain.
  • JIKA orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
  • APA kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri anda, baikinya.
  • JANGAN takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.
  • ELAKKAN perasaan malu tidak bertempat.
  • LAKUKAN riadah ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ia sebagai 'warm up' dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
  • KEMASKAN diri dan anggapkan diri anda adalah yang terbaik pada hari itu.
  • APABILA berinteraksi, pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
  • APABILA memulakan sesuatu tugas, jangan fikir mengenai masalah, tetapi fikirkan mengenai hasilan yang akan diperolehi selepas selesai tugas itu.
  • SENTIASA peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

Sunday, September 2, 2007

1st Post

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Ini adalah post pertama saya di dalam blog ini.
Saya sebenarnya sudah lama mengintai-ngintai blog-blog yang sedia ada.

Blog...
Apa sebenarnya tujuan blog ini wujud?
Setelah difikir-fikirkan, dengan blog ini kita dapat berkongsi dengan sesiapa saja yang menjengah ke page ini.

Alahai...
Saya masih lagi belum biasa menulis begini.
Sudah agak lama saya berhenti menulis, sejak memasuki alam universiti.
Dulu kalau masa lapang, ada la juga cerpen yang saya karangkan.
Sekarang ni, masa amat terhad untuk saya.

Janji...
InsyaALLAH saya akan cuba meng'updatekan' blog ini seberapa kerap yang mungkin.
Akan saya muatkan juga dengan info-info yang berguna untuk kita kongsi bersama.

Jumpa lagi.
:-)