Tuesday, September 4, 2007

10 langkah wujudkan keyakinan diri

  • ANGGAPLAH diri anda yang diciptakan Allah, sama seperti orang lain.
  • JIKA orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
  • APA kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri anda, baikinya.
  • JANGAN takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.
  • ELAKKAN perasaan malu tidak bertempat.
  • LAKUKAN riadah ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ia sebagai 'warm up' dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
  • KEMASKAN diri dan anggapkan diri anda adalah yang terbaik pada hari itu.
  • APABILA berinteraksi, pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
  • APABILA memulakan sesuatu tugas, jangan fikir mengenai masalah, tetapi fikirkan mengenai hasilan yang akan diperolehi selepas selesai tugas itu.
  • SENTIASA peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

No comments: